Gareth Bale. Foto Sky Sports.

LONDON – Kapten Wales, Gareth Bale berharap dapat kembali ke Real Madrid pada akhir musim seperti yang dirancangkan tidak mahu terganggu dengan mengenai masa depannya yang tidak pasti.

Pemain berusia 31 tahun itu kembali dengan Tottenham dengan status pinjaman sepanjang musim dari Madrid pada September lalu setelah dipinggirkan  di Santiago Bernabeu di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Bale melewati tempoh yang berbeza sejak kembali ke London utara, penyerang itu telah menjaringkan 10 gol dan tiga bantuan dalam 25 penampilan.

Terdapat perbincangan mengenai Bale kekal di Spurs setelah menemui rentak namun dia dikritik oleh Jose Mourinho minggu lalu dan tidak berperanan dalam kemenangan ke atas Aston Villa Ahad lalu.

Dengan satu tahun masih mengikat kontraknya di Madrid, penyerang itu yakin dia akan kembali ke ibu negara Sepanyol setelah mewakili Wales dalam kejohanan Euro 2020 yang dijadualkan semula.

“Fikiran saya tidak terganggu kerana faktor utama saya jelas, datang ke Spurs kerana saya mahu bermain bola sepak, saya mahu kembali cergas beraksi. Rancangan asalnya hanya untuk melakukan satu musim.

“Saya masih mempunyai satu tahun lagi di Real Madrid dan rancangan saya adalah untuk kembali ke sana,” katanya. – MalaysiaGazette