M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengarah sebuah yayasan di Terengganu hari ini direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengeluaran pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, lelaki berumur 55 tahun itu ditahan di rumahnya di sini pada 4.30 petang semalam.

Katanya siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,  kerana menerima suapan daripada pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usaha sama dengan syarikat itu untuk pengeluaran pelitup muka.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast