Para pencarum membuat permohonan i-Sinar secara dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Setakat 14 Mac lalu, jumlah pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diluluskan adalah sebanyak RM52.48 bilion.

Jumlah itu melibatkan 5.94 juta pemohon, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kerajaan telah menambah baik kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ekoran pandemik Covid-19.

Bagi skim i-Lestari pula, setakat 12 Mac 2021, jumlah pengeluaran kumulatif adalah sebanyak RM19.45 bilion yang melibatkan 5.23 juta penerima (berbanding RM18.58 billion dan melibatkan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya). – MalaysiaGazette
21.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast