A block of concrete fell off from a lorry at the middle lane of the Middle Ring Road 2 (MRR2), Ampang bound at around 7.00 am this morning.
Sebuah bongkah konkrit jatuh daripada sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang awal pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

KUALA LUMPUR – Sebuah bongkah konkrit jatuh daripada sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang awal pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Bagaimanapun, menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), kejadian itu tidak ada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Bongkah konkrit itu jatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan berkenaan. Kerja pengalihan dan pembersihan selesai kurang 30 minit dan keadaan trafik kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial insiden bongkah konkrit terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah MRR2 selepas Hillview menghala ke Ampang kira-kira 7 pagi.

— BERNAMA