Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Jangan kerana perbezaan pendapat  sehingga menimbulkan kabilah.

Itu pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelang Perhimpunan Agung UMNO esok.

Beliau mahu ahli-ahli parti belajar bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau dan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Saudara saudari, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan. Percayalah, orang yang dizalimi Allah tidak pernah menolak doanya.

“Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN. Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, biar apa pun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

“Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN (Barisan Nasional). Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah,” ujarnya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. aHAMAD zAHID perlu nyatakan kepada ahli2 bahawa beliau telah lakukan kpd bahagian tidak mencalonkan beliau sebagai Presiden UMNO terutama kpd Ketua2 Bahagian tersebut.
    Kenapa beliau tidak membuat perjumpaan atau ramah mesra dengan bahagian tersebut sedangkan beliau tiada masalah utk bergerak semasa PKPB/PKPP.
    Sebahagian yg menolak beliau datang dari Negeri Perak sendiri.
    #PresidenUMNO

  2. UMNO tidak bermasalah, yang bermasalah adalah Presiden UMNO. Letak jawatan dan berikan muka baru untuk menerajui UMNO dan menuju kejayaan.

  3. UMNO adalah wadah org Melayu.UMNO tidak pernah membebankan sesiapa,tapi kelompok pemimpin yg menjadikan UMNO milik kekal punca haru biru.Tunggak kepimpinan yg berkhidmat utk rakyat tidak pernah dipertikaikan.Atas maksud itu,setialah pada pemimpin yg dipilih secara mutlak demokrasi parti.Jgn cepat2 sangat nak rebahkan tunggak yg sedia ada.

Comments are closed.