PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita disyaki kurang siuman menggunakan garpu di Jalan Austin Height 3, Taman Mount Austin, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kejadian berkenaan berlaku di hadapan sebuah pusat tuisyen kira-kira 8 pagi.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa yang memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun telah didatangi seorang wanita disyaki kurang siuman.

“Wanita terbabit mencucuk anak perempuannya menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Padzli berkata pihaknya kini sedang mengesan wanita tidak dikenali mangsa itu untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata.

— BERNAMA