Bas Rapid KL terbakar 100 peratus dalam kejadian di hadapan Kolej TAR di Wangsa Maju hari ini. - Gambar Ihsan: Bomba KL

KUALA LUMPUR – Insiden sebuah bas milik Rapid KL terbakar di Taman Bunga Raya di sini hari ini telah mengejutkan pengguna jalan raya di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana bas itu tidak berpenumpang semasa kejadian berlaku.

Komander Operasi Kanan PBK II Mohamed Yazid Abd. Hamid dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku berhadapan Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Tumbuhan dekat sini sekitar pukul 4.59 petang.

“Sejurus kami menerima panggilan tentang kebakaran bas itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju telah bergegas ke lokasi tersebut.

“Semasa kejadian berlaku bas tersebut tidak membawa penumpang dan pemandu bas telah terselamat dari kebakaran itu tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Mohamed Yazid, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.14 petang.

Menurutnya bas tersebut hangus terbakar 100 peratus.

“Kebakaran itu juga membabitkan sebuah kereta yang berada berdekatan bas tersebut namun tahap kemusnahan hanya lima peratus dan tidak serius.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan pasukan bomba sedang menyiasat untuk mengenalpasti punca bas itu terbakar,” tegas beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast