najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) tahun ini sungguh berbeza kerana ahli-ahli parti itu tidak dapat berkumpul seperti dahulu.

Namun bagi Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Mohamed Aris, ia adalah waktu terbaik yang terbaik kerana yakin semangat ahli UMNO sama ada di bahagian mahu pun cawangan terus berkobar untuk bersidang secara atas talian.

Pada masa sama jelas beliau, UMNO juga tidak terlepas mengalami cabaran seperti parti-parti lain.

“Terdapat pelbagai perbezaan pendapatan dan pandangan dalam kepimpinan yang seharusnya kita terima secara terbuka dan profesional.

“Matlamat kita masih sama iaitu untuk memastikan UMNO terus mara bagi tahun-tahun akan datang.

“Semangat tuan-tuan dan puan-puan di akar umbi adalah kekuatan sebenar UMNO kerana kita adalah perjuangan bangsa dan agama.

“Keris disanding bersama tombak, Diasap setanggi bunga teratai,
Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai,” tulisnya di hantaran Facebook hari ini.

Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menegaskan, UMNO tidak akan gentar dengan fitnah yang timbul mahu pun dengan ugutan mana-mana pihak.

“Fitnahlah macam mana sekali pun, tuduhlah sekali mana pun dan ugutlah sekali mana pun. UMNO tidak akan gentar.

“Saya mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Siapa fitnah siapa nie. Cuba semak apa kata dan tindak tanduk pemimpin2 kamu sejak tewas di PRU lepas. Pada saya “oelbagai” – tak keharuan. Jika itu tindakan dan gayanya sudah tentu pelbagai andaian di minda natizen.

    Bercakap biar berfikur
    Bertindak tentukan asasnya….

    Ini semua gara2 kepimpinan yg bercelaru kerana menghadapi pelbagai masalah – kebanyakannya masalah personal. Jika masa memerintah dulu – senang jer utk di wipe out, tapi tidak dimasa kuasa di di tangan orang.

    So jgn cepat menuding….. FITNAH!!!!

Comments are closed.