safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menahan semula seorang lelaki warga China bersabit kes Macau Scam yang lolos dengan bantuan pegawai polis pada Februari lalu.

Sumber MalaysiaGazette berkata, suspek ditahan semasa bersembunyi di kediaman sewanya di Batu Ferringhi.

“Sebaik mengetahui insiden anggota kita bersekongkol bebaskan suspek, pihak polis terus serbu kediaman yang disewa suspek namun tiada kelibat mereka.

“Susulan itu, kita buat pemeriksaan secara berkala dan hasil serbuan hari ini berjaya menahan semula warga China tersebut.

“Hanya seorang sahaja ditahan dan kita percaya ada orang lain bantunya daripada segi mendapatkan bekalan makanan,” katanya hari ini.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, lapan individu termasuk lima penjawat awam ditahan setakat ini membabitkan kes bersekongkol melepaskan 11 suspek Macau Scam warga China di Pulau Pinang.

Difahamkan mereka yang ditahan terdiri daripada empat pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berpangkat Asisten Superintendan dan inspektor.

Selain mereka, seorang anggota Jabatan Imigresen Seberang Jaya juga turut ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan memberitahu, pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pegawai polis, anggota imigresen ditahan disyaki lepaskan suspek Macau Scam