GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memohon sumbangan sebanyak 10 juta dos vaksin Covid-19 bagi untuk setiap negara memulakan program imunisasi dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.
Agensi melaporkan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan ada pihak telah bertindak membolot vaksin secara banyak sehingga menyebabkan penghantaran dos itu ke negara-negara miskin terjejas.
Kata Tedros lagi, seandainya ada negara-negara yang mempunyai supaya mendermakan dos lebihan untuk membantu negara miskin dalam program dikenali COVAX itu.
“Sebenarnya perjanjian dua hala, nasionalisme vaksin, larangan esport dan diplomasi vaksin menyebabkan gangguan dalam pasaran.
“Ini sekaligus menyebabkan ketidakadilan dalam penawaran dan permintaan,” katanya.
Semua negara telah diminta untuk memulakan program imunisasi dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini tetapi dengan hanya tinggal 15 hari, ada lagi 36 negara belum terima walaupun satu dos.
Jelas Tedros, negara memiliki vaksin dibenarkan WHO untuk kegunaan kecemasan diminta menderma sebanyak mungkin dos bagi membantu mencapai sasaran itu.
“Mungkin jumlah 10 juta dos tidak besar tetapi ini adalah satu permulaan,” ujarnya.
Sebelum ini, WHO menggesa pengeluar vaksin Covid-19 memenuhi komitmen mereka, terhadap negara termiskin yang sedang menunggu dos pertama.
Kemudahan COVAX iaitu usaha perolehan dan pengedaran vaksin Covid-19 global yang memastikan negara miskin mendapat akses dos berkenaan kini sudah bersedia untuk dimulakan.
Kira-kira 336 juta dos vaksin AstraZeneca-Oxford dan 1.2 juta dos Pfizer-BioNTech dua vaskin memperoleh kebenaran WHO, dijadual mula dihantar akhir Februari menerusi inisiatif COVAX. -MalaysiaGazette