Erra Fazira (kanan) dan Wany Hasrita diperkenalkan sebagai duta pelitup muka jenama Himaya di Kuala Lumpur baur-baru ini.

KUALA LUMPUR – Himaya yang merupakan jenama pelitup muka medikal premium baharu menyaasarkan sebanhyak 300,000 kotak produk itu dapat terjual menerusi kerjasama dua selebriti terkemuka tanah air.

Pemilik jenama itu, Datuk KK Chua berkata, pihaknya yakin dengan populariti penyanyi, Wany Hasrita dan primadona filem Erra Fazira untuk memperkenalkan dua warna terbaharu yang memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal buat wanita berhijab yang ingin bergaya.

Jelas beliau, pelitup muka medikal Himaya itu diperkenalkan dalam dua warna baharu yang elegan iaitu Apricot Dream oleh Wany dan Blue Lagoon oleh Erra.

“Kami amat berbangga dengan kolaborasi Himaya dengan Wany Hasrita dan Erra Fazira. Himaya merupakan pelitup muka medikal hijab yang berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang tinggi serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.

“Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna,” katanya yang Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn. Bhd. pada majlis memperkenalkan Wani dan Erra di sini baru-baru ini.

Tambah Chua, pihaknya  optimis dengan populariti dan pengaruh Erra dan Wany di mana  sasaran jualan dapat direalisasikan.

“Sebelum ini Elfira Loy terlebih dahulu menjadi pilihan kami,” katanya.

Sementara itu, Himaya adalah jenama pelitup muka medikal premium baharu yang diperbuat daripada fabrik penapis kelas perubatan premium untuk aliran pernafasan yang selesa.

Jenama itu juga sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kualiti fabrik premium yang lembut.

Pelitup muka medikal itu telah mendapat pengiktirafan MDA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan kualiti penapisan udara dan keberkesanan pelitup muka medikal dalam menangani penularan wabak kovid.

Oleh kerana Himaya ditujukan khas untuk wanita yang memakai hijab, ia dilengkapi dengan head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta telah diiktirafkan oleh Asia Halal Brand Awards (AHBA) sebagai pelitup muka medikal premium khas untuk pelanggan beragama Islam yang berhijab.

Kempen terbaharu Himaya,iaitu kempen ‘Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya’ dilancarkan dengan objektif untuk menggalakkan wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen facemask terbaru dari Himaya.

Himaya ketika ini boleh di dapati di semua kedai farmasi Guardian, Watsons, Caring dan lain-lain serta melalui ejen berdaftar atau di kedai atas talian himayamy di Shopee.

Himaya adalah produk pertama Anggun Kirana Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan produk kesihatan dan kecantikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.