KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. (SUKE) hari ini memulakan fasa pertama kerja-kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan di tapak kejadian setelah menerima kelulusan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Menurut Prolintas, kerja-kerja itu merangkumi dua fasa iaitu penstabilan struktur rasuk lebuh raya yang mana progress kemajuan pada hari ini adalah sebanyak 60 peratus.
“Setelah selesai kerja penstabilan struktur, kerja-kerja pengalihan kren gantri akan segera dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam insiden 22 Mac lepas, tiga buruh asing maut, manakala seorang cedera selepas struktur kren di tapak projek pembinaan SUKE, terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras.
Tambahnya, kedua-dua fasa kerja itu dijangka mengambil masa selama dua minggu.
Katanya, proses pengalihan dan pembaikan itu adalah rumit berikutan terdapat beberapa aspek seperti proses teknikal, kaedah kerja, cuaca dan keselamatan penduduk sekitar dan
pekerja pembinaan serta keadaan sktruktur yang perlu diambil kira.
“Dalam menyelesaikan kerja-kerja pengalihan ini, SUKE bekerjasama dengan jurutera perunding professional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” ujarnya. – MalaysiaGazette