Marcos Llorente.

LONDON – Manchester United me­lancarkan bidaan awal seba­nyak £65.8 juta (RM376.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Atletico Madrid, Marcos Llorente yang mana nilai itu sukar ditolak kelab La Liga ketika ini.

Kelab gergasi England itu dilaporkan cuba untuk mengambil kesempatan ekoran masalah kewangan yang dihadapi Atletico.

Llorente pula gembira bersama Atletico namun pemain antarabangsa Sepanyol itu terpaksa mengikut apa sahaja yang diputuskan oleh kelabnya itu.

Perancang kreatif itu berjaya meledak 15 gol dalam 72 penampilan sejak 18 bulan lalu apabila melengkapkan perpindahan dari Real Madrid.

United ketika ini sedang berusaha mendapatkan penyerang dan pemain pertahanan tetapi peluang yang ada untuk mendapatkan Llorente mungkin tidak akan dilepaskan oleh pasukan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast