MGNews: UMNO Boleh Tarik Diri Daripada PN Bila-Bila Masa – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO boleh menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada bila-bila masa sekiranya tidak ada indikasi untuk mengadakan pilihan raya dalam waktu terdekat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin jika keputusan untuk menarik sokongan itu dibuat, semua Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedia melepaskan jawatan masing-masing.