Datuk Seri Ahmad Maslan. Foto SYAFIQ AMBAK, 27 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan paling tidak stabil di dunia kerana sentiasa berhadapan dengan ketidaktentuan bilangan Ahli Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selain itu, sejarah tercipta tercipta apabila pentadbiran PN dilihat sebagai punca politik negara tidak stabil.

“Kali pertama politik negara ini amat tidak stabil. Kerajaan ini adalah yang paling tidak stabil dalam seluruh dunia.

“Pimpinannya sentiasa membilang sokongan ahli Parlimen hampir pada setiap hari khuatir ada mereka yang menarik diri,” katanya ketika membentangkan penyata Setiausaha Agung pada Persidangan Agung UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Malah menurut Ahmad, ia merupakan kali pertama darurat diisytiharkan di negara ini atas sebab kesihatan.

Namun ujarnya, meskipun Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang tetapi sidang Parlimen masih belum diadakan.

Sementara itu, Ahmad berkata, UMNO perlu memperkukuhkan parti itu menerusi kesepaduan antara satu sama lain bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Dalam masa yang sama, ujarnya, UMNO perlu bertindak sebagai cyber-troopers yang aktif dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memandangkan media sosial memainkan peranan buat masa ini.

“Kali ini bermula hari ini, mari kita berpadu untuk bersama bagi meneruskan khidmat yang sudah biasa kita lakukan iaitu mendekati rakyat, merasai denyut nadi rakyat bagi membela untung nasib rakyat.

“Kali ini bermula hari ini, mari kita berpadu untuk bersama bagi memantapkan asas dan tujuan UMNO dalam perlembagaan yang baru dilulus R.O.S pada Januari 2021, bagi memajukan rakyat di seluruh negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wow. Fakta ke tu? Cer cik mat Lan sebut. Parti mana ada org paling rasuah didunia pulak. Fakta jugak tu.

Comments are closed.