Perancis menang selesa 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia semalam menyaksikan martial tercedera.

LONDON – Penyerang Perancis, Anthony Martial meninggalkan padang tanpa beraksi sepenuh masa selepas terpaksa rawatan akibat kecederaan.

Ia berlaku semasa perlawanan kemenangan pasukannya 2-0 menentang Kazakhstan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Martial yang mengalami kecederaan telah digantikan oleh Kylian Mbappe.

Mbappe yang diterjah jatuh oleh pemain lawan selepas itu menerima sepakan penalti namun gagal menyudahkan bola itu ke dalam gawang gol lawan.

Selepas terikat seri 1-1 di Paris menentang Ukraine Rabu minggu lalu, juara bertahan edisi 2018 itu mengumpul 4 mata daripada dua perlawana peringkat Kumpulan D benua Eropah.

Skuad kendalian Didier Deschamps akan berentap pada Rabu ini berdepan Bosnia-Herzegovina.

Paul Pogba memulakan aksi dalam kesebelasan utama menentang Kazakhstan dan memberikan alasan Pogba perlu beraksi lebih kerap untuk menemui rentak asal permainan terbaiknya di atas padang.

Pogba beraksi selama sejam sebelum digantikan oelh Adrien Rabiot.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast