Dzulkifli Abd Wahab

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor mengalu-alukan pelantikan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusi FGV Holdings Berhad berkuatkuasa 1 April 2021.

Bekas Pengarah Besar Felda berusia 65 tahun dan telah berkhidmat tidak kurang 35 tahun bersama agensi itu adalah tokoh yang berprinsip dalam mempastikan Felda berada di landasan yang betul.

Ia terbukti bila FGV mahu disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, beliau konsisten dengan pandangannya, kata pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman.

Menurutnya, berbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh Dzulkifli hingga ‘ dipindahkan’ sebagai atase pertanian di Kedutaan Besar Malaysia di Rome Itali.

”Semoga beliau dapat menjalankan amanah dengan baik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mazlan, dengan penguasaan 81 peratus Felda dalam FGV, agensi itu diharapkan dapat bergerak ke hadapan dengan berbagai usaha dan inisiatif demi mengembalikan institusi perladangan terbesar di dunia ke era kegemilangannya.

Tentu sekali akan memberi manfaat kepada 112,635 peneroka seluruh negara,” tambahnya sambil mengucapkan terima kasih kepada Datuk Azhar Abd Hamid, sepanjang perkhidmatannya sebagai Pengerusi FGV sebelum ini.

Pengumuman Dzulkifli diumumkan oleh FGV semalam.

Beliau menyertai Felda pada tahun 1977 dan menjawat jawatan Ketua Pengarah dari tahun 2009 hingga 2012. – MalaysiaGazette