Ubat mediator. foto Agensi
PARIS – Pembuat ubat Perancis didapati bersalah kerana penipuan dan pembunuhan secara sukarela ke atas pil penurunan berat badan yang menjadi skandal kesihatan utama negara ini.
Ubat Mediator ini dibangunkan untuk digunakan pada pesakit diabetes yang mengalami lebihan berat badan dan berada di pasaran selama 33 tahun.
Ia akhirnya ditarik pada tahun 2009 kerana bimbang ia boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.
Ratusan orang dipercayai mati akibat ubat tersebut.
Kira-kira lima juta orang diberi ubat ini selama tiga dekad, walaupun terdapat pelbagai amaran mengenai kesan sampingannya.
Perbicaraan kes ini melibatkan ribuan plantif, bermula pada tahun 2019.
Pembuat ubat ini, Servier menafikan mengetahui tentang kesan sampingan penggunaan Mediator.
Tetapi mahkamah mengeluarkan saman sebanyak AS$3.3 juta atau 2.7 juta pound.
“Walaupun mereka tahu tentang risiko selama bertahun-tahun … mereka tidak pernah mengambil langkah yang diperlukan,” kata hakim Sylvie Daunis.
Bekas timbalan pengerusi syarikat, Jean-Philippe Seta, juga dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.
Namun hukuman itu digantung.
Pengawas selia perubatan Perancis, sementara itu, didenda lebih dari € 300,000 kerana peranannya dalam skandal tersebut selepas didapati gagal memainkan peranannya.
Sejumlah negara Eropah lain, termasuk Itali dan Sepanyol, melarang Mediator pada awal tahun 2000-an.
Namun, di Perancis,  ubat ini masih digunakan kepada pesakit diabetes dan pesakit lain sebagai pengawal selera makan.
Satu kajian menyimpulkan terdapat 500 kematian yang  dikaitkan dengan Mediator antara tahun 1976 dan 2009. – MalaysiaGazette