Mohd Muazzam Mohamed

KUALA LUMPUR – Para pemegang saham dan waran BIMB Holdings Berhad (BIMB) telah meluluskan cadangan penstrukturan semula Kumpulan Syarikat BHB.

Keputusan yang dibuat semalam pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan Mesyuarat yang Diarahkan oleh Mahkamah (CCM) secara maya.

BIMB berkata, keputusan itu akan menyaksikan Bank Islam mengambil alih status penyenaraian BHB.

Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Mohd Muazzam Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham dan waran atas keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap BHB dan kumpulan syarikatnya sejak 24 tahun lalu.

“Kami menerima sokongan padu daripada mereka semasa EGM dan CCM yang berlangsung semalam, yang mana hampir 100% telah mengundi untuk menyokong semua resolusi yang dibentangkan.

”Kami berhasrat mengatur langkah yang lebih berkesan dalam bidang kewangan Islam dengan Bank Islam di tampuk teraju
sebagai satu-satunya institusi kewangan Islam lengkap yang tersenarai,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast