Timbalan Presiden MIC, M Saravanan bercakap dengan wartawan pada sidang media Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri di Wyndham Hotel Acmar, Klang. Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 APRIL 2021

KLANG – Permintaan agar MIC memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya akan datang, bukan pendirian parti berkenaan.

Justeru Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata, tidak wajar untuk menjadikan permintaan itu sebagai punca perbalahan di antara kedua-dua parti.

“Saya minta kalau ada perkara macam ini dibangkitkan jangan ada risau sangat sebab ini bukan pendirian UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan kenyataan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sungai Siput, Norazura Abdul Karim  baru-baru ini sebagai tidak mempunyai jiwa parti.

“MIC pun ada orang tak sedar diri. MCA pun ada. Itu pendirian Puteri UMNO yang tidak berjiwa parti,  bukan UMNO, jangan jadikan alasan untuk berbalah.

“Jadi jangan gelojoh sangat apabila seorang yang tidak sedar diri buat kenyataan, kita jangan terus lawan buat kenyataan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast