KUALA LUMPUR – Rumah ibadat, tokong dan kuil di tanah kerajaan atau persendirian yang kemudian dirobohkan atas pelbagai sebab merupakan isu tanpa penyelesaian sehingga kini.

Antara kes yang pernah mengundang pelbagai kontroversi termasuklah kuil Sri Maha Mariamman di Seafields tiga tahun lalu yang menyebabkan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim dan terbaru kuil Sri Raja Muniswarar di Kedah.

Semalam, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran tampil menasihati semua pemimpin India tidak kira ideologi politik untuk duduk semeja selesaikan isu perobohan kuil yang akhirnya mengundang keadaan tidak harmoni sesama sendiri.

Terbaru, penganut kuil Om Sri Maha Kakkum Madurai Veeran, Segambut yang sudah berusia hampir 100 tahun juga berdepan dengan perobohan berikutan arahan pemilik juga pemaju merobohkan kuil itu esok.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan penganut kuil itu mengosongkan tanah tersebut pada atau sebelum 5 April ini selewat-lewatnya pukul 10.30 pagi. 

Pengurusan kuil itu juga telah dimaklumkan pemilik tanah itu juga akan bertindak merobohkan kuil serta patung-patung dewa Hindu.

Namun pada masa sama, pengurusan kuil Om Sri Maha Kakkum Madurai Veeran telah merayu kes itu ke peringkat Mahkamah Persekutuan namun belum diberikan apa-apa perintah lagi.

Pendengaran bagi penggantungan pelaksanaan arahan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman dijangka pagi esok.

Antara yang telah tampil membantu supaya ada jalan penyelesaian menang-menang bagi semua pihak termasuklah Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr Santhara Kumar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Datuk Seri Dr Santhara Kumar Deputy Minister New Zealand holidays P. Prabakaran
Datuk Seri Dr Santhara Kumar

Bagaimanapun RIBI hanya boleh campur tangan terhadap tanah-tanah milik kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan dan bukan tanah milik persendirian namun Santhara cuba untuk berunding dengan pemilik supaya ada penyelesaian.

Namun MalaysiaGazette dimaklumkan, pemilik enggan duduk semeja mahupun mengadakan sebarang pertemuan dengan Santhara malah tidak mahu memberi apa-apa maklum balas terhadap rancangan perobohan itu.

“Saya faham situasi pemiliknya tapi permintaan penganut kuil ini juga masih boleh dipertimbangkan, kita minta diberikan masa, kita juga sedang berusaha cari tapak lain. 

“Kami juga diberitahu pemilik tanah sudah memberikan surat kuasa kepada pemaju dan kini ianya dimiliki oleh YNH Property Berhad, kita cuba bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya namun beliau nafi terlibat dengan isu ini dan enggan hadir berbincang.

“Tetapi kita masih lagi sedang berusaha untuk berunding dengan pihak berwajib, kita sedaya upaya sedang memastikan situasi ini dapat di atasi dan elak sebarang insiden tidak di ingini ketika ini,” kata Santhara hari ini.

Selain Santhara, Ketua Bahagian MIC Segambut, Datuk Sivakumar Nadraja merangkap Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam melahirkan rasa bimbang sekirannya perobohan berlaku sebelum sempat ada perbincangan.

Datuk Sivakumar Nadarajah

“Saya minta tolong Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh untuk tolong tampil bantu kumpulan ini, jangan lupa mereka juga pengundi untuk kawasan kamu malah ada cubaan untuk bertemu dengan kamu sebelum ini namun tidak berjaya.

“Kata mereka sebelum pilihan raya, isu ini ada juga dilontarkan kepada wakil rakyat namun sebelum menang dan selepas menang pastinya ada banyak perbezaan. Tetapi itu tidak penting, saya cuma mohon supaya YB Hannah tampil bercakap dengan pemaju.

“Minta sedikit masa, tolonglah. Tolak idealogi politik, tolonglah. Ini isu pemilikan tanah persendirian, mungkin jika ada pihak boleh duduk berunding satu penyelesaian baik boleh kita cakap secara sepakat,” ujarnya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan bina kuil sesuka hati, kemudian salahkan pihak yang meroboh

6 Komen

  1. Depa klaim kuil tu berusia lebih 100 tahun … 100 thn duduk dlm tanah org. Logik ka? Mana² kuil yg dibina atas tanah org, sila roboh ja, tk perlu lagi berunding. Berunding dgn driver backho ja, tanya dia bila nk pi tolak.. Mana boleh main pacak ja atas tanah org…

  2. Pi la bina kuil dan tokong baru banyak-banyak di merata-rata tempat di Penang takde masalah pun.

  3. Parti2 dan politician ni timbul bila ada isu camni sbb nk tunjuk hero. Tapi sekor pun takda nak selesaikan isu bina atas tanah org tanpa kebenaran tambah2 rumah ibadat. Mmg jenis suka ceroboh tanah org ke apa? Tak habis2 isu ni. Kena roboh, melalak merata. Masa nak bina, sembunyi2 ikat bata. Kenapa tak melalak masa nak bina dulu tanya tanah sapa tanah sapa….kita mau masuk?

Comments are closed.