MGNews: Beri Saya Ruang Selesaikan Dengan Baik – Neelofa

Usahawan dan selebriti Neelofa mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai isu dakwaan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di Langkawi baru-baru ini.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor sebaliknya hanya berkata beliau mahu menyelesaikan isu tersebut secara ‘private’ dan profesional bersama pihak polis.