MGNews : Siasat Penipuan Skim Cepat Kaya ‘Datuk Seri’ – NGO

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Keramat hari ini mendesak polis menyiasat seorang individu menggunaan pangkat ‘Datuk Seri’ yang disyaki menipu orang awam dengan skim pelaburan cepat kaya.

Presidennya, Hamdan Mohd Salleh mendakwa individu berkenaan menggunakan gelaran palsu untuk memperdaya mangsanya.