Rumah penampungan di Padang Pasir Logok, Jalan Tenggaroh Selatan, dekat Kota Tinggi yang dipercayai digunakan sebagai lokasi transit untuk pendatang asing tanpa izin.

KOTA TINGGI: Enam lelaki warga Indonesia yang disyaki dalang menyeludup pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam serbuan di sebuah rumah kongsi, di Padang Pasir Logok, Jalan Tenggaroh Selatan, dekat Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, dua tekong dan empat Pati yang berusia 27 hingga 55 tahun dicekup.

Ketika serbuan, empat Pati dilihat bersembunyi di dalam sebuah rumah penampungan yang dipercayai digunakan sebagai lokasi transit.
“Serbuan dijalankan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, suspek dipercayai terbabit dalam penyeludupan migran yang membawa masuk dan keluar warga Indonesia ke Malaysia.
“Turut dirampas, lima telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,000 dan mata wang Indonesia IDR2,000,350 (RM570.90),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hussin, individu yang ditahan itu merupakan ahli sindiket Geng Cupeng yang terbabit dengan penyeludupan Pati di kawasan Bandar Penawar dan Kuala Sedili.
Tambah beliau tekong yang ditahan direman selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga 3 Mei depan, manakala Pati pula direman selama 14 hari sehingga 19 April ini.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Syndicate penyeludup bukan dalang pati, tetapi dalang pati adalah majikan tempatan kedai makan, runcit, dan buruh binaan.

  2. Dalang sebenar ada kt dlm ofis aircond..
    Nasib baik Allah swt hantar Dato ayob untuk banteras ….
    Kes seludup pati, telah berlaku berpuluh tahun…
    Selepas Dato Ayub dtg, baru nampak ada tindakan aktif dr pihak berkuasa…

    Kerana rasuah, negara tergadai…

Comments are closed.