Keadaan di luar Pusat Pemulihan Owerri yang diserang sekumpulan lelaki. foto Agensi

ABUJA – Lebih daripada 1,800 banduan melarikan diri dari penjara di Nigeria selepas penjara itu diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Penyerang itu didakwa memecah masuk halaman penjara di bandar tenggara Owerri dengan menggunakan bahan letupan dan meletupkan blok pentadbiran.

Enam tahanan dilaporkan telah ditahan semula sementara 35 orang banduan lagi tidak melarikan diri.

Polis menuduh kumpulan pemisah Penduduk Asli Biafra, melakukan serangan itu namun dinafikan oleh mereka.

Sebaliknya, Penduduk Asli Biafra menyifatkan tuduhan tersebut satu pembohongan.

Pusat Pemulihan Nigeria telah mengesahkan 1,844 banduan melarikan diri dari penjara di negari Imo.

Lelaki bersenjata yang menyerang Pusat Tahanan Owerri pada awal pagi hari Isnin, selepas tiba dengan trak pikap dan bas kata perkhidmatan itu.

Jurucakap polis memberitahu, penyerang membawa bom tangan roket, mesingan, bahan letupan dan senapang.

Presiden Muhammadu Buhari menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan keganasan” yang dilakukan oleh “anarkis”.

Beliau telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk menangkap penyerang dan tahanan yang melarikan diri. – MalaysiaGazette