Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berucap sempena Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Seramai 6, 013 pendatang tanpa izin (PATI) telah dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imegresen Malaysia sejak Januari lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, jumlah penghantaran itu membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan memandangkan kos perbelanjaan  sebanyak RM100 sehari diperlukan bagi setiap PATI di negara ini.

“Seramai 18, 694 orang pendatang lagi masih ada dalam depoh tahanan. Kos belanja mereka RM100 sehari dan itu tidak termasuk kos penghantaran ke negara asal.

“Penghantaran pulang membolehkan duit kerajaan jimat daripada menanggung mereka,” ujarnya ketika berucap di hadapan 500 peserta Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Dewan Jubli Perak, Jalan Teluk Sisek di sini hari ini.

Tambah Ismail, petugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) antara barisan hadapan kerajaan telah memainkan peranan utama bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),

Antara tugasan kawalan sempadan dari pencerobohan PATI dan Kawalan kemasukan warga asing di pintu-pintu masuk negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bandingkan tanggung 100 ringgit untuk setiap pati dengan DEB 70% ekonomi sekian lama untuk minority bukan Melayu sebagai galakan. Apa nak buat dah muka tebal diketahui global. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas sekian lama PBB tak boleh diharap.

Comments are closed.