Foto Instagram Nad Zainal.

KUALA LUMPUR – Genap seminggu melahirkan anak kedua, pelakon Nad Zainal memilih nama Budi Kalsom buat anak perempuannya.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, memuat naik nama tersebut dalam tulisan jawi yang menjawab sekali gus  jantina bayinya.

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi, selamat hadir dalam hidup kami,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah yang juga pengurus peribadinya 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 5, dan Budi Kalsom. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.