KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan telah didatangi wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyerahkan notis muflis berkaitan ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017.

Beliau menyifatkan tindakan menyerahkan notis muflis pada hari pertama rayuan kesnya didengari bertujuan menyadur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah atau untuk terus memalukannya.

Dalam hantaran di laman Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kes cukai yang dikenakan oleh kerajaan Pakatan Harapan itu langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit yang kemudiannya diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Malah Najib turut meminta semua akauntan cukai, peguam percukaian dan NGO untuk meneliti kes percukaian itu bagi memberi pandangan sama ada ia mempunyai merit atau sebaliknya.

Menurut Najib, rentetan daripada notis muflis itu, beliau berhadapan dengan lima kemungkinan iaitu:

  1.  Kehilangan status Ahli Parlimen Pekan dan pilihan raya kecil akan diadakan.
  2. Tidak lagi layak untuk bertanding dalam pemilihan parti dan pilihanraya.
  3.  Kehilangan semua wang simpanan yang beliau kumpulkan semasa bekerja dalam perkhidmatan kerajaan di mana ia sekarang digunakan untuk menyara hidup dan membayar peguam.
  4. Beliau tidak akan mempunyai wang lagi untuk membayar fi peguam bagi menjalankan tugas pembelaan di mahkamah.
  5. Beliau tidak akan terima kembali barangan dan wang yang disita biarpun jika  menang kes itu.

Namun, Najib berkata, beliau tidak tunduk kepada individu yang menyalahgunakan undang-undang negara ini untuk menzalimi dirinya atas dasar politik dan ketamakan untuk berpaut pada kuasa.

Malah, katanya, beliau akan terus bersuara demi rakyat Malaysia.

“Saya telah meminta peguam untuk mendapatkan perintah penangguhan hukuman,” katanya.

Menurut Najib, tidak ramai yang tahu terutamanya dalam kalangan mereka yang masih cuba untuk terus menggertak dan mengugutnya , bahawa pengalaman yang dilalui dari hari ke hari sejak tiga tahun lalu telah menjadikannya lebih kuat dalam mendepani cabaran seperti ini.

“Saya tahu, jauh di sudut hati saya, bahawa niat disebalik pemberian notis ini melangkaui sekadar prosedur perundangan dan pelaksanaan yang harus dipenuhi oleh pihak berkuasa.

“Setelah saya menghadami pemberian notis tersebut, saya tidak boleh melepaskan sorotan pemikiran yang membelenggu saya sejak sekian lama,” katanya.

Beliau turut yakin notis muflis ini ada kaitan dengan undian dijalankan UUM dan Utusan TV melibatkan 60,000 responden menunjukkan bahawa beliau adalah perdana menteri bagi PRU15 dan perdana menteri sekarang hanya menduduki tempat keempat.

Selain itu, katanya, keputusan PAU untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu semasa PRU15 kelak dan kesimpulan kes pelupusan harta di mana pendakwaraya gagal membuktikan barangan disiti diperoleh dari dana 1MDB juga menjadi punca.

Beliau berkata, bermulanya kes rayuan SRC juga dilihat sebagai faktor penyerahan notis bankrap itu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Firman
    :اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى
    وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦)
    Yang maksudnya:
    “Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh اللَّه) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”. [Surah Al-Zukhruf : 36.].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

  2. FIRMAN
    :اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى
    وَمَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٍ۬
    Yang maksudnya
    “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) اللَّه memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah Asy-Syura: ayat 30)
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1292].

  3. Moga pemimpin yg zalim dan puak2 yg bersekutu dgn kezaliman akan dilaknat oleh tuhan dunia dan akhirat..sangat jelas, mulanya mrk tuduh duit 2 billion yg dipulangkan itu adalah duit haram, duit hasil rompakan..yg pelik kemudian mrk kenakan cukai plak ke atas duit haram itu sbg cukai pendapatan? kan bodoh punya kerajaan..kalau aku jd Tengku Zafrul atau Menteri Agama dah lama dah aku letak jawatan…sbg rakyat biasa aku cuma mampu berdoa, moga korang yg zalim dan sekutunya dilaknat dunia akhirat…ameen!

  4. Pendapatan 2 billion duit haram selama 4 bulan pun kena cukai dan dapat bunga bank juga, kan?

Comments are closed.