JEDDAH – Sebuah kapal milik Iran yang dikaitkan dengan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) diserang di Laut Merah.

Kapal Saviz terkena periuk api, kata agensi berita Tasnim.

Insiden yang berlaku di persisir Eritrea menyebabkan kecederaan, menurut Al Arabiya TV.

The New York Times yang memetik seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang tidak mahu dikenali melaporkan, Israel telah memaklumkan kepada AS bahawa angkatan tenteranya telah menembak kapal tersebut pada jam 7.30 pagi.

Ia dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan ke atas kapal Israel dan kapal Iran itu mengalami kerosakan di bawah permukaan air, menurut pegawai tersebut.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters bahawa negaranya tidak melakukan serangan itu.

Pada bulan lalu, The Wall Street Journal melaporkan Israel menyasar sekurang-kurangnya 12 buah kapal Iran yang menuju ke Syria sejak akhir 2019.

Kebanyakan kapal itu membawa minyak yang menyalahi sekatan AS.

Bagaimanapun, laporan tersebut berkata, kapal kargo dan tentera juga pernah ditembak, termasuk terkena periuk api. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.