safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun di Pandan Indah dekat sini semalam.

Suspek berusia 22 tahun dan merupakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan oleh pasukan cawangan D9 (Jenayah Berat) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pukul 6 petang semalam.

Suspek ditahan di kediamannya di Pandan Indah iaitu tempat yang sama dengan penemuan mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan tangkapan suspek tersebut sambil menjelaskan suspek juga merupakan adik kepada si mati dalam kejadian tersebut.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi dan direman bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari sehingga 13 April ini untuk membantu siasatan polis.

“Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa masih sedang dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru polis meminta orang ramai yang mempunyai makkumat berkaitan kes ini untuk tampil memberikan keterangan dan salurkan maklumat pada Pegawai Penyiasat kes iaitu ASP Saiful Azhar B Rahim di talian 011 1211 6458.

Tambah Mohamad Farouk, dalam kejadian semalam polis menerima maklumat orang awam yang memberitahu salah seorang ahli keluarganya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dalam bilik tidur rumahnya di Tulip Apartment, Jalan Pandan Indah 29, Taman Pandan Indah.

Siasatan polis di tempat kejadian telah menemui mayat lelaki warga tempatan berumur 30 tahun itu yang lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang di atas katil bilik tidur.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat juga dapati terdapat kesan luka di dada. Unit Forensik PDRM dan Unit K9 turut bersama menjalankan siasatan ditempat kejadian sebelum mayat dihantar ke HUKM untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

“Kes sedang disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan adik lelaki mangsa yang telah ditahan hari ini untuk membantu siasaatan,” tegasnya.- MalaysiaGazette