M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah menahan seorang pegawai kanan Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas dakwaan berkaitan tuntutan palsu.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dalam kenyataanya  mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah bersubahat dan memperakukan pesanan kerajaan.
“Selain itu, mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan perkhidmatan mencetak banner kepada Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih Mukim Pengerang, Kota Tinggi, Johor yang berjumlah RM24,250.00 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dibuat,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Suspek yang berusia 36 tahun itu bertugas di Cawangan Logistik ZA20 di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sungai Lunchoo telah ditahan di Pejabat SPRM Johor hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.- MalaysiaGazette