SEVILLE – Chelsea menyukarkan harapan Porto apabila mencipta satu lagi kejutan dalam suku akhir Liga Juara-Juara apabila menewaskan tuan rumah 2-0 awal pagi.

Gol Mount dan Ben Chilwell pada setiap babak sudah cukup menyakitkan buat Porto yang beraksi lebih baik namun dikecewakan kekurangan ketajaman serangan untuk mencipta jaringan.

Kedua-dua pasukan beraksi di gelanggang asing Ramon Sanchez Pizjuan di mana venue mereka akan bertemu sekali lagi minggu depan.

Chelsea  menampilkan persembahan klasik di tempat lawan sambil menyerap tekanan dan mengancam lawan mereka menerusi serangan balas pantas dan kualiti ditunjukkan pada penghujung saingan.

Real Madrid bakal menjadi lawan buat pelawat selepas mereka menewaskan Liverpool 3-1 semalam.

Gol dihasilkan Mount menjadikan dia pemain termuda Chelsea menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara pada usia 22 tahun 87 hari manakala jaringan kedua Chilwell bermakna kelab itu menampilkan dua penjaring gol daripada pemain England buat pertama kali sejak 2012.

Kemenangan Chelsea juga bermakna ia sedikit sebanyak mengurangkan kejutan kalah 5-2 di laman sendiri kepada West Brom dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menamatkan rentetan 14 perlawanan tanpa kalah Thomas Tuchel sejak dilantik.