Kilang pakaian JOC Galaxy milik usahawan China dibakar oleh penunjuk perasaan , semalam. Foto Agensi

YANGON – Perniagaan China di Myanmar sekali lagi menjadi sasaran penunjuk perasaan susulan negara itu didakwa menyokong rampasan kuasa di negara ini.

Ia susulan kejadian kebakaran kilang pakaian JOC di Yangon kira-kira jam 4.37 pagi semalam.

Reuters melaporkan, kilang pakaian JOC Galaxy itu dimiliki oleh Setiausaha Jeneral Persatuan Tekstil dan Pakaian China di Myanmar, Luo Muzhen.

Berikutan kejadian itu, polis telah mengumpul bukti melalui kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak kilang terbabit dan kilang yang berdekatan untuk siasatan lanjut.

Setakat ini tiada mangsa korban dilaporkan.

Malah nilai kerugian juga belum diketahui.

Untuk rekod, pada bulan lalu sebanyak 32 kilang China di sini turut dibakar oleh penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa tentera Myanmar. – MalayasiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.