Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa akaun Facebooknya ‘dikacau’ dan ‘disekat’ sejak pagi tadi.

Berikutan itu posting-postingnya tidak dapat dilihat oleh pengikut-pengikutnya.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kejadian ini tidak pernah berlaku.

”Adakah ada pihak yang main kotor? Saya main FB pun ada yang takut?,” katanya.

Disebabkan itu, Najib membuka buka akaun Telegram baharu.

”Guna untuk mesej kawan-kawan followers semua.

”Jika ada yang berminat, jom! https://t.me/najib_razak,” katanya. – MalaysiaaGazette

1 Komen

  1. Dikatakan siaran langsung dari mahkamah kepada wartawan untuk rayuan SRC Najib juga terputus selama 1 1/2 jam? Betul ke? Kalau betul awat depa buat lagu ni?

Comments are closed.