Selebriti, Noor Neelofa bersama Pengerusi Eksekutif The Noor, Datuk Haji Ahmad Tajudin di Majlis MOU antara Fipper dan The Noor. Foto FIKRI YAZID, 5 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Jenama selipar terkenal, Fipper  tampil menjelaskan produk selipar baharu yang dikeluarkan baru-baru ini dan dikatakan ‘Muslim friendly’.

Produk selipar itu menjalinkan kolaborasi dengan selebriti, Neelofa.

Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi, Fipper turut memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

“Pihak Fipper ingin memberikan penjelasan berkenaan isu ‘Muslim friendly’ yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x TheNoor sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin.

“Produk kami sebelum ini kurang sesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan akhbar sebelum ini,” jelas kenyataan itu.

Semalam iklan selipar itu mendapat kecaman hebat sehingga Neelofa sendiri digelar penunggang agama. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.