Chef Wan

KUALA LUMPUR – Chef Wan terkejut apabila diberitahu oleh kakaknya Serina telah bernikah sekali lagi.

Serina juga mengaku telah bernikah di Siam dan memaklumkan kepada bapanya akan berurusan nikah semula di Malaysia.

Chef Wan mengakui perasaannya ‘terbakar’ ketika mendengar pengakuan Serina yang mesra disapa sebagai Rina.

My heart was striked by lightning ketika itu,” kongsi Chef Wan yang langsung tidak menjawab apabila Serina memaklumkan akan melakukan urusan nikah semula di rumah papanya.

Dengan nada kecewa, Chef Wan berkata, dulu pun Serina pernah memalukannya dan dia tidak hairan dengan tindakannya terbaharu anaknya itu dia walaupun sudah dinasihatkan sebelum ini.

Serina dan suaminya yang bernikah hari ini.

“Sebagai bapa, sudah tentu tindakan pasangan ini mengecewakan,” kata Chef Wan.

Ini kerana dia tidak pernah melarang Serina untuk bernikah.

”Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini? And now this?

”Rina….Rina suka hati kau orang lah. Kau orang pun dah tua masing2 tahu dan bertanggung jawab dengan apa yg kau orang lakukan ini semua especially behind my back,” ujarnya.

Meskipun Serina telah mengecewakannya, Chef Wan tetap mengucapkan semoga anak dan pasangannya berbahagia.

”Kita doa kan terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini sudah lah,” tambah beliau. – MalaysiaGazette