Yang Dipertua YADIM, Nasaruddin Hassan bercakap ketika di temubual oleh media pada majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Program Penjanaan Dana Infaq antara Yadim dan MobilityOne di Jakim, Putrajaya. Foto FIKRI YAZID, 9 APRIL 2021.

PUTRAJAYA – Parti-parti politik Islam dalam negara ini perlu bersatu dan mengenepikan kepentingan peribadi kelompok tertentu.

Pengerusi Lajnah Dakwah Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, penyatuan parti-parti politik Islam akan menjadi faktor pembangunan negara.

“Saya bercakap tentang keperluan penyatuan ummah, kalau kita nak lihat masa depan yang baik untuk negara parti-parti politik Islam mesti bersatu dan mengenepikan segala kepentingan peribadi dan juga kelompok tertentu.

“Sebab kalau kita mahu lihat masa depan negara yang baik, penyatuan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, tidak akan dapat kita bangunkan negara ini dengan perpecahan dalam kalangan bangsa dan umat Islam,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian Program Penjanaan Dana Infaq YADIM bersama Mobilytyone Sdn Bhd di sini hari ini.

Nasrudin berkata, perpecahan parti politik Islam hanya akan menggembirakan musuh-musuh agama.

“Nanti atas perpecahan itu tentu saja yang akan bertepuk tangan, gembira atas perpecahan itu adalah musuh-musuh Islam dan mereka yang menunggu untuk menghancurkan peradaban negara,” katanya lagi.

“Jadi saya menyeru kepada semua pihak tidak kira parti mana atas nama Islam, muslim, kita mempunyai kiblat, tuhan yang satu, agama yang satu, kenapa kita mahu berpecah?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis hubungan di antara Pas dan UMNO sejak kebelakangan ini.

Ini selepas UMNO membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU-15 kelak.

Namun Pas dilihat mahu terus memperkasakan Perikatan Nasional dalam masa yang sama mahu Muafakat Nasional yang dijalin bersama UMNO diteruskan. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sudah sekian lama masih belum memperbetulkan kesilapan besar dasar ekonomi apartheid aka DEB 30% ekonomi untuk majority pribumi Melayu supaya minority asal buruh asing bukan Melayu meraih 70% ekonomi. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas sekian lama PBB tak boleh diharap.

Comments are closed.