Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – UMNO mengarahkan semua jentera meningkatkan usaha menangkis sebarang serangan pihak lawan, yang kini semakin aktif untuk menjatuhkan kepemimpinan parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, peranan dari jentera parti amat diperlukan ketika ini, memandangkan serangan politik dari pihak musuh makin menjadi-jadi, yang membuktikan PRU-15 sudah hampir.

“Kita tengok kebelakangan ini pelbagai isu ditimbulkan pihak musuh, yang menandakan PRU-15 semakin hampir.

“Ketika ini jentera parti perlu memainkan peranan penting dalam menangkis serangan pihak ini dan menjelaskan kepada akar umbi mengenai isu berbangkit.

“Apabila tiba musim berkempen nanti, kita boleh menjelaskan sesetengah isu yang perlu diterangkan kepada pengundi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Tajuddin, UMNO sedia maklum ketika tiba PRU-15, pihak musuh akan mencari apa sahaja jalan untuk memporak-perandakan parti itu dengan mereka pelbagai cerita atau isu untuk bangkitkan kebencian rakyat.

Katanya, isu itu jika tidak ditepis oleh jentera parti, akan menyebabkan rakyat atau pengundi memandang serong kepada UMNO dan kepimpinannya.

Jelas beliau, UMNO pada dasarnya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU 15 ini dengan Wanita UMNO di peringkat Bahagian ditugaskan membuat kajian sikap menjejaki pengundi sejak tahun lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Siapa berak, basuh ler sendiri ….jgn plk minta orang lain.

    Merujuk kenyataan TS Sahidan yg mengatakan ada orang yg berusaha utk menjatuhkan Presiden…..

    Jawab ler….tak kan nak minta orang lain yg jawab. Teruk ler cara memikir camnie….

Comments are closed.