Sekumpulan tiga pelajar di Switzerland dikenakan tindakan disiplin apabila didapati memalsukan keputusan positif Covid-19 gara-gara hendak ponteng sekolah.- Gambar hiasan.

BASEL – Sekumpulan tiga pelajar di Switzerland dikenakan tindakan disiplin apabila didapati memalsukan keputusan positif Covid-19 gara-gara hendak ponteng sekolah.

Perbuatan mereka telah menyebabkan semua pelajar dalam kelas terpaksa dikuarantinkan.

etiga-tiga pelajar Sekolah Tinggi Kirschgarten di sini telah memalsukan kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada aplikasi pengesanan kontak Covid-19, lapor agensi berita Blick negara itu.

Perbuatan mereka menyebabkan kira-kira 25 rakan sedarjah mereka terpaksa dikenakan kuarantin di rumah selama 10 hari malah beberapa guru juga turut terjejas oleh insiden tersebut.

Jurucakap Pendidikan Basel berkata, ia bukan satu gurauan tetapi insiden serius yang perlu ditangani segera.

“Walaupun kami tidak merancang untuk menghukum mereka supaya dibuang sekolah namun tindakan undang-undang jenayah harus diambil terhadap mereka kerana telah didapati memalsukan dokumen-dokumen relevan kesihatan.

“Meskipun kesemua pelajar tersebut terkesan dengan pandemik Covid-19, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk memberikan tindakan disiplin kepada mereka,” tegasnya.

Setakat ini kes Covid-19 di Switzerland telah mencapai sebanyak 134 juta kes manakala kes kematian pula adalah sebanyak 2.6 juta. -MalaysiaGazette