Joachim Andersen.

LONDON – Senarai pemburuan bek tengah Manchester United terus bertamabah apabila pemain pertahanan Lyon, Joachim Andersen dilaporkan menjadi sasaran kelab itu.

Metro UK mendakwa United kini berminat untuk membawa masuk Andersen yang kini beraksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Pemain pertahanan itu sekarang dipinjamkan ke Fulham dari Lyon.

Sejak liga berlangsung pada musim ini, Andersen menjadi kereta kebal utama pertahanan The Cottagers yang mana dia kini memiliki pengalaman luas dalam kancah liga musim ini.

Menurut laporan itu, United mempunyai peluang besar untuk mendapatkan Andersen yang  bakal dijual oleh Lyon.

Ini kerana pemain pertahanan itu tidak termasuk dalam rancangan Rudi Garcia di Lyon pada musim hadapan.

Nilai perpindahan Andersen dilaporkan £25 juta pada musim panas ini.

Namun United bukan satu-satunya pasukan yang berminat dengan Andersen kerana dia juga dilaporkan menjadi sasaran utama Arsenal dan Tottenham. – MalaysiaGazette