Edinson Cavani.

LONDON – Pemain pertahanan Boca Juniors, Marcos Rojo mendedahkan bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Edinson Cavani berminat untuk kembali ke Amerika Selatan bagi menyarung jersi kelab gergasi Argentina itu.

Goal melaporkan, ini kerana kontrak penyerang berusia 34 tahun itu sudah hampir ke penghujung dan terdapat beberapa perkara yang membuatkan Cavani tidak selesa untuk terus menyarung jersi Manchester United.

Sebelum ini, Cavani berdepan hukuman penggantungan tiga perlawanan dikenakan terhadapnya susulan kata-kata perkauman di media sosial peribadi yang dikatakan turut menjadi sebab utama dia dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford.

Perkembangan terbaharu itu juga menguatkan spekulasi lagi spekulasi bapa Cavani iaitu Luis yang sebelum ini mendedahkan anaknya mahu menetap berhampiran dengan keluarga.

Luis sudah banyak kali berhubung dengan Naib Presiden Boca Juniors, Juan Roman Riquelme.

“Saya banyak bercakap dengan Cavani. Kami pernah bersama-sama sekitar empat atau lima bulan di Manchester tetapi dia merupakan seorang yang hebat dan kami mempunyai hubungan yang baik.

“Sangat penting bagi seorang pemain seperti Cavani yang mempunyai sejarah hebat bersama Uruguay dan bermain di kelab yang hebat, memberitahu dia mahu datang dan bermain di Boca,” ujar Rojo dalam laporan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast