Foto Instagram Janna Nick.

KUALA LUMPUR – Lama tidak dikaitkan dengan kontroversi, pelakon popular Janna Nick tiba-tiba mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik videonya sedang menangis.

Mungkin kerana tiada publisiti dan kurang meraih perhatian sebelum ini, Janna tampil mengakui, dirinya sangat penat kerana jadualnya yang padat sehingga hujung tahun dan memerlukan rehat, namun otaknya terus berfikir berkenaan kerja.

“Badan saya sangat penat, tetapi otak saya tidak. Bayangkan duduk seorang diri tanpa berbuat apa-apa tetapi dalam kepala anda ada 5/6 suara yang memberikan idea berbeza untuk terus bekerja.

“Malah pada waktu yang saya perlukan rehat, otak saya akan memaksa untuk saya fikir, fikir dan fikir lebih banyak lagi,” tulisnya.

Janna yang juga pengacara Melodi berkata, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang ini, namun otaknya sahaja yang tidak membenarkan dirinya untuk berehat.

Jelasnya, dia meminta agar orang lain tidak risau dengan keadaan dirinya dan akan cuba untuk menyelesaikan sendiri masalahnya.

“Saya tidak perlukan pandangan sesiapa, saya tidak perlukan sesiapa untuk memahami saya. Yang saya perlukan hanyalah rehat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast