Sabiamad Abdul Ahad.

KUALA LUMPUR – Bekas penembak negara yang beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 1984, Datuk Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 11 malam tadi di Hospital Serdang.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan akibat komplikasi jantung.

Sabiamad, 65, aktif membantu sukan menembak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan selain pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Sabiamad merupakan pembawa Jalur Gemilang di Olimpik 84.

Memetik laporan BH Online, jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Surau Mujahiddin, Taman Desa Surada, Kajang pada pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang. – MalaysiaGazette