Real Madrid mendaki ke kedudukan teratas La Liga selepas menang 2-1 mengatasi Barcelona dalam saingan Clasico di Valdebebas.

MADRID – Real Madrid melonjak La Liga selepas menewaskan Barcelona dalam saingan Clasico di Valdebebas awal pagi tadi.

Penyerang veteran, Karim Benzema muncul wira Real dengan menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma yang terkena pemain oleh Toni Kroos meletakkan Madrid di depan.

Barca cuba merapatkan kedudukan menerusi Oscar Minguezanamun dan kekalahan itu mungkin  menjadi penampilan terakhir Lionel Messi dalam pertembungan musuh ketat itu.

Kemenangan bermakna Real Madrid terikat mata dengan Atletico Madrid manakala semua tiga pasukan teratas hanya dipisahkan satu mata.

Atletico yang akan beraksi tanpa Luis Suarez berdepan Real Betis hari ini.

Berikut keputusan lain La Liga awal pagi tadi.

Getafe 0 Cadiz 1

Athletic Bilbao 0 Alaves 0

Eibar 0 Levante 1 – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast