Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau, dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini, awal pagi tadi.
Gambar hiasan.

DUBAI – Seorang lelaki berusia 40 an menikam isterinya dalam di mahkamah keluarga di Iskandariah, Mesir selepas wanita itu memfailkan kes mengenai nafkah, lapor media tempatan.

Lelaki itu dikatakan menikam isterinya di bahagian muka semasa perbicaraan sedang berlangsung di hadapan hakim.

Menurut saksi, lelaki tersebut yang menyembunyikan sebilah pisau di dalam baju ketika memasuki bilik perbicaraan terus menuju ke arah isterinya lalu menikam wanita tersebut kerana beliau memfailkan kes mengenai nafkah.

“Sebelum sesi (perbicaraan) dan sebelum memasuki mahkamah, pasangan tersebut telah bertengkar yang menyebabkan suami menikam istrinya di bahagian muka dan tangan,” menurut saksi.

Lelaki itu ditahan serta merta dan dirujuk kepada pendakwaan awam manakala isterinya dikejarkan ke hospital. – MalaysiaGazette.