Nenad Bacina.
KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City) hari ini mengumumkan Nenad Bacina sebagai pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Bacina bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana dia sebelum ini menjadi pembantu jurulatih skuad Malaysia bawah 19 tahun dan mencipta kejayaan menjuarai Piala AFF B-19 di Indonesia.

Dia juga sangat mengenali corak permainan Liga Malaysia kerana pernah menjadi pembantu jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyaksikan Harimau Selatan menjulang kejuaraan Liga Super pertama mereka.

Pada tahun 2016, pengendali dari Croatia itu membimbing Pulau Pinang dan Hodak bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi pasukan.

Kehadiran Bacina dalam skuad Kuala Lumpur adalah untuk membantu Hodak mempelbagaikan taktikal dan membentuk barisan pemain yang mantap bagi mencapai sasaran kedudukan lima teratas Liga Super.

Berbekalkan pengalamannya selaku bekas pemain dan jurulatih dalam saingan Liga Singapura dan Liga Malaysia, Bacina turut sinonim dengan bola sepak rantau Asia Tenggara. – MalaysiaGazette