Edinson Cavani. Foto The Independent.

LONDON – Tottenham Hotspur tewas 3-1 kepada Manchester United walaupun mendahului permainan menerusi jaringan Son Heung-min yang turut menyebabkan jaringan Edinson Cavani dibatalkan pengadil sebelum itu.

Namun kontroversi itu tidak mengganggu United bangkit di babak kedua menerusi jaringan Fred, Cavani dan Mason Greenwood untuk membantutkan peluang Spurs memburu tempat dalam kelompol teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jaringan Cavani di babak pertama dibatalkan selepas pengadil Chris Kavanagh melihat ulang tayang VAR serta memberikan sepakan percuma kepada Spurs apabila Scott McTominay dipersalahkan kerana mengasari Heung-min.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer turut memberikan pandangannya mengenai Son selepas perlawanan berakhir.
” Kita tidak sepatutnya diperdaya. Saya perlu katakan, sekiranya anak lelaki saya rebah selama tiga minit dan dia memerlukan 10 orang rakan sepasukannya untuk membangunkan dia semula, namun dia tidak akan diberikan sebarang makanan,” katanya penuh sinis. – MalaysiaGazette