Foto Instagram Mimi Lana.

KUALA LUMPUR – Isu segelintir pelakon senior meluahkan rasa kesal dengan disiplin pendatang baharu serta seolah-olah tidak serius berlakon kini semakin berpanjangan.

Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Mimi Lana yang tampil memberi pendapat menerusi Twitter bahawa isu disiplin tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.

“Pelakon baharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set pengambaran.

“Saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja,” tulis pelakon berusia 26 tahun itu.

“Jadi pelakon lama, bukan tiket untuk selalu datang lewat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” katanya. – MalaysiaGazette