Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon notis biru kepada Interpol (Polis Antarabangsa), bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan dalam buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.

Notis Biru Interpol merujuk kepada permintaan untuk menjejaki, mengenal pasti atau mendapatkan maklumat, tentang orang yang menjadi perhatian.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada agensi antarabangsa tersebut.

“Saya percaya jika (suspek) dapat dikesan, mereka (Interpol) akan memaklumkan kepada kita,” katanya dalam sidang selepas menyampaikan sumbangan kepada waris anggota Pasukan Gerakan Am, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari, serta pesara PDRM di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan polis melumpuhkan kumpulan jenayah ‘Geng Nicky’, yang disyaki terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram.

Selain itu, PDRM turut merampas wang tunai ratusan ribu ringgit serta aset bernilai jutaan ringgit menerusi 70 serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast