Laporan harian pemberian dos vaksin mengikut negeri setakat 11 April semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 979,974 orang penerima telah disuntik dengan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, daripada jumlah pemberian dos tersebut, sebanyak 583,903 orang telah menerima dos pertama.

“Manakala, sebanyak 395,891 orang telah melengkapkan penerimaan dos kedua.

“Bagi laporan jumlah pendaftaran pula, sebanyak 8,513,651 orang telah berjaya mendaftar untuk menerima vaksin.

“Sehubungan itu, orang awam yang belum melakukan pendafaran boleh melakukannya di aplikasi MySejahtera atau di laman rasmi http://vaksincovid.gov.my atau hubungi Hotline 1800888828,” katanya di laman sosial twitternya hari ini. -MalaysiaGazette

Laporan harian jumlah pendfataran setakat 11 April semalam.